Pages

Monday, 22 April 2013

[IsuSemasa] Rokok Elektronik Bahaya dan Menggalakkan Amalan Merokok Di Kalangan Kanak-Kanak

Rokok elektronik yang sebelum ini disangka tidak berbahaya adalah tidak benar selepas beberapa saintis membuat kajian . Ia juga akan mengggalakkan kanak-kanak untuk merokok . 

Mengapa rokok elektronik berbahaya dan dikatakan beri galakan kepada kanak-kanak ?

Rokok elektronik atau “Elecronic Nicotine Delivery Systems” (ENDS) membakar cairan nikotin menggunakan bateri dan wapnya itu akan memasuki liang paru-paru perokok. Produk itu dipasarkan dengan banyak jenama, di antaranya rokok elektronik, ecigarro, electro-smoke, green-cig, dan smartsmoker. Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.
Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah sehingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru. Kesan itu akan berlarutan selama 10 minit.
Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.
Kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.
Tiada jaminan ia selamat digunakan.

Dengan beberapa kenyataan palsu sebelum ini, yang mengatakan rokok elektronik tidak berbahaya, ia menggalakkan amalan merokok di kalangan kanak-kanak dan remaja . Hal ini kerana , ia membuat mereka semakin tidak bimbang kepada kesan dan risiko merokok . 





No comments:

Post a Comment